Assalamualaikum dan Selamat Menjengah ke laman blog matahati360.

Semoga dapat berkongsi ilmu, pandangan dan maklumat yang bermanafaat untuk semua. Laman ini akan membincangkan pelbagai topik yang menyentuh pelbagai isu berkaitan masyarakat. Terima kasih dan selamat berkomentar. Wasalam







Pages

Thursday, December 22, 2011

Kontroversi Skim SBPA...

Lama sudah tak menulis dalam ruangan blog matahati360 nie. Hari nie macam ada berkesempatan pulak untuk nak berkongsi pandangan tentang skim perkhidmatan yang semakin menjadi polemik dan kontroversi di kalangan penjawat awam.

Dalam pemerhatian sejak Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diwar-warkan memang sangat menarik dan teruja sekali dengan pelbagai faedah yang menarik yang akan diperolehi. Namun setelah diteliti banyak juga kesan negatif yang bakal terbit nanti. Dalam pengamatan ambo skim ni memang bagus untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam khususnya dengan peningkatan gaji.

Semangat mula membara bila tiba 7 Oktober lepas, bilamana masing2 PA ingin sangat nak tahu tentang faedah yang bakal diterima menerusi skim baru tue. Namun ramai juga yang hampa setelah segalanya terdedah. Yang paling menghampakan apabila mengetahui gaji kumpulan JUSA dan PRIMIER sangat ketara kenaikan gajinya iaitu antara RM5000 hingga RM20 000 . Sangat mengejutkan dan tidak seperti yang digambarkan sebelum ini bahawa kenaikan antara 7 - 13 peratus. Sedang kumpulan terendah pula menerima antara RM80 hingga RM320 sahaja. Satu perbezaan yang diibaratkan `Langit dan Bumi'.

Berhari-hari dok mendengar pelbagai reaksi dari pelbagai kumpulan gred jawatan sama ada dari kumpulan Profesional dan Pelaksana ramai yang meluahkan nada tidak puas hati dan kecewa. Macam-macam andaian dibangkitkan termasuklah soal ;

1. Ketidak selarasan kenaikan gaji . Ada yang dapat sikit, ada yang dapat banyak dan ada yang dapat terlampau banyak.

2. Ada yang bimbang soal ketelusan pegawai membuat penilaian secara tidak telus dan mengunakan emosi untuk memberi markah yang adil. Dikatakan SBPA akan membuka ruang yang luas kepada Penilai untuk menindas anggota bawahan. Benarkah begitu?

3. SBPA membuka ruang kepada amalan persaingan tidak sihat dikalangan Pengurusan dan Profesional kerana bersaing untuk mendapatkan kenaikan pangkat lebih cepat untuk merebut jawatan JUSA yang gajinya antara RM 12 ribu - RM 30 ribu. Dikhuatiri berlaku amalan cantas dan sabotaj.

4. Mengalakkan amalan kronisme dalam perkhidmatan awam apabila wujud percaturan untuk kenaikan pangkat seseorang secara pantas.

5. `Exit Policy' menimbulkan kebimbangan dan kerisauan kepada golongan PA yang berpenyakit dan kurang upaya kerana akan dibersarakan awal.

6. Mewujudkan jurang yang terlalu luas antara Pelaksana, P& P dengan JUSA dan akan menimbulkan konflik dalam pengurusan apabila golongan P& P akan menjadi mangsa tekanan oleh pihak berkenaan untuk mencapai KPI mereka.

7. Seolah2 kerajaan tidak menghargai golongan PA bawahan apabila memberikan kenaikan yang kecil kepada mereka sedangkan golongan JUSA dan PRIMIER mendapat faedah yang sangat besar sedangkan golongan tersebut sangat bergantung kepada hasil kerja golongan pelaksana. Adakah tanpa golongan pelaksana golongan JUSA dan PREMIER boleh berjaya dalam mencapai matlmat.

8. Mengapa JPA begitu tergesa-gesa untuk melaksanakan SBPA tanpa maklumat yang lengkap dan memberi masa yang sangat singkat kepada PA. Seolah-olah ada agenda yang tersembunyi dan berlaku secara paksaan.

9. Kewujudan jawatan PRIMIER dikhuatiri untuk kepentingan bagi membawa masuk kroni dan ahli politik yang berpengaruh dalam perkhidmatan khususnya calon2 PRU13 yang bakal kalah semasa bertanding. Ini salah satu kebimbangan yang paling dirasai kerana akan menimbulkan konflik kepentingan nati dan dikhuatiri akan meruntuhkan sistem perkhidmatan awam.

dan banyak lagi andaian lain tentang SBPA ni yang kedengaran. Apa pun perjumpaan dan rundingan CUEPACS dengan JPA diharap memberikan sinar harapan yang baru kepada PA yang mampu membuatkan ramai tersenyum lega.

Semasa hadir ke taklimat Bantahan SBPA oleh CUEPACS di Dewan CIDB pada Ahad lalu, ramai juga yang jerit supaya kerajaan ditukar pada PRU13 nanti. Kata mereka ada seramai 1 juta PA yang boleh meruntuhkan kerajaan jika tidak puas hati dengan SBPA nie. Jangan hanya kerana nak menjaga kepentingan pihak tertentu JPA mengadai pegangan itu.

Apa pun JPA dan CUEPACS bincanglah dengan sebaiknya dan bawalah perkhabaran gembira buat semua. Jangan pulak satu pihak dapat abu dan satu lagi dapat arang... Kepada JPA ambilah iktibar dari keputusan lampau kerajaan yang sorong papan tarik papan....jangan satu lagi Flip Flop...dah banyak dah..PPSMI, E-Kasih, Subsidi, GST dan macam2 lagi.

Kepada CUEPACS ..Tahniah dan teruskan perjuangan untuk membela nasib semua PA...