Assalamualaikum dan Selamat Menjengah ke laman blog matahati360.

Semoga dapat berkongsi ilmu, pandangan dan maklumat yang bermanafaat untuk semua. Laman ini akan membincangkan pelbagai topik yang menyentuh pelbagai isu berkaitan masyarakat. Terima kasih dan selamat berkomentar. Wasalam







Pages

Saturday, January 14, 2012

TERTANGGUHNYA SBPA.....


BERITA Terkini Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah diarahkan tangguh dulu perlaksanaannya oleh YAB Perdana Menteri. Dalam dok kecoh kecoh dan kelam kelibut sebelum ini JPA masih tetap berkeras dengan egonya untuk terus melaksanakan skim baru itu walaupun sebahagian besar PA masih belum jelas dan faham tentang skim baru itu macam mana agaknya. Udahlah skim itu dilihat cuma memberi kelebihan kepada pihak tertentu sahaja manafaatnya.

Namun dalam hal ini ambo amat bersetuju dengan langkah PM itu walaupun sudah agak terlewat mengumumkan penangguhan itu kerana kalau ibarat `buah tembikai' sebahagiannya sudah mula lebam dan rosak. PM mungkin sedar jika perkara ini tidak ditangani dengan betul ia boleh menjadi `bom jangka' dalam pilihanraya umum nanti.

Menyedari ketidak puasan hati sebahagian besar Penjawat Awam (PA) dalam hal ini serta ada ura-ura untuk menggunakan kuasa undi bagi mengajar JPA inilah yang membimbangkan PM. Apa tidaknya hampir sejuta PA tidak puashati khususnya dikalangan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Bagaimana tercipta Skim yang pelik ini memberi persoalan mengenai kecekapan orang yang merangkanya. Seharusnya ia dikaji secara mendalam terlebih dahulu sebelum diumum dan dilaksanakan, setidak tidaknya tanyalah pandangan umum dalam kelompok staff JPA tue dulu. Bagaimana penerimaan mereka adakah boleh dilaksana secara total atau perlu dipinda dulu . Macam buat `mini perlaksanaan'. Rasanya depa yang buat sistem tu mesti pernah belajar mata pelajaran `Kaedah penyelidikan' semasa di universiti. Tidakkah mereka tahu akan kepentingan kajian awalan (rintis).

Orang kata nak berniaga pun kena buat tinjauan pasaran dulu. Macam tue jugak ler kalau nak buat polisi..buatlah tinjauan pandangan (survey) pada pelbagai peringkat jawatan di JPA tu dulu sama ada mereka boleh menerimanya atau tidak. Ini tidak tup-tup terus dibentang pada PM dan dikhabarkan yang elok sahaja. Ha... sudahnya beginilah jadinya ... satu lagi flip -flop yang memalukan JPA dan juga kerajaan telah berlaku lagi.

Ambo rasa inilah perkara yang amat memalukan JPA. Tidak pernah dalam sejarah kewujudan JPA ia dimalukan sebegini. Seseorang harus bertanggungjawab dalam perkara ini. Apa pun terima kasih pada PM kerana menyedari ada yang tidak kena pada sistem baru yang bakal dilaksanakan ini. Sekurang-kurangnya ada lagi peluang bagi golongan yang terpinggir dan tersisih dalam mendapatkan manafaat SBPA itu untuk mendapat peluang yang sama rata dengan lain-lain gred dan skim perjawatan.

Bukan sahaj golongan pelaksana sahaja yang lega dalam penangguhan ini bahkan dikalangan gred 54 juga turut merasa kesannya. Yang paling lega adalah golongan yang kanan dan senior kerana luahan mereka telah didengari oleh PM. Yang pasti golongan JUSA dan Primier terpaku kata dan memendam rasa marah bila dapat perkhabaran ini.

Pasukan Petugas telah ditubuhkan yang diketuai oleh Tan Sri Ismail Adam (Bekas KPPA) untuk mencari penyelesaian dan merungkai masalah yang menimbulkan kekalutan ini. Biarlah Pasukan ini melaksanakan tugas mereka dengan tenang dan aman untuk mencari mekanisma bagaimana sistem itu dapat dilaksana dengan penuh adil dan saksama pada semua PA. Kita tunggu sahaja hasilnya pada April nanti. Harapnya ada keputusan yang mengembirakan untuk semua.


Kita semua PA harus teruskan perjuangan dan bekerja dengan lebih kuat untuk kesejahteraan rakyat keseluruhan. Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan jujur dan penuh integriti. Bebas dari Rasuah, Salahguna dan penyelewengan kuasa. Kita harus bekerja dalam satu kumpulan dengan penuh harmoni tanpa rasa dengki. Harus sentiasa diingat `kita bekerja saling bergantungan, tidak ada kehebatan orang di atas jika tiada usaha dan sokongan padu orang di bawah' begitu juga orang di bawah. Hidup ini satu kitaran, saling perlu memerlukan. Jika diingat kita dapat berdiri teguh kerana kemampuan diri sendiri sahaja.

No comments:

Post a Comment